Monday, 3 December 2012

Selamat kembali !!!

Dah lama tidak menulis di kanvas ini. Nak mula mcm mana yee, ini adalah sem kedua saya di PSA. Alhamdulillah semuannya telah selesai dan saya dapat menjalaninya dgn penuh sukses. Dan kini saya dah nak melonjak ke sem tiga sesi Dis 2012. Doakan agar saya dpt menjalani dgn lebih baik.

Kalau ikutkan mcm2 perkara yg telah terjadi dalam hidup saya ketika masih bergelar pelajar ini. Perkara sedih mahupun senang. Saya rasa sem depan ni akan menjanjikan dugaan yg begitu besar buat diri yang serba kurang ini. Ya Allah, kuatkanlah & permudahkanlah segala urusan ku ini. Amin~~

Sem depan dah takde kawan-kawan yg rapat dengan saya, di mana saya boleh berkongsi segalanya. Di situ saya dapat rasakan sifat keluarga yg begitu kuat. Tetapi saya yakin Allah SWT mahu menguji hambanya dgn ujian seperti ini. Ada yg hilang utk menruskan LI, ada yg pergi pindah poli(mungkin) , ada yg pergi kerana tamat belajar & ada yg PERGI utk selama-lamanya.

     Salah satu cerita sedih untuk sem yg bakal berakhir ini adalah pemergian seorang sahabat yg cukup baik, adik yg sungguh manja, anak yg begitu solehah & taat, kawan yg penyayang dan juga seorg PEMIMPIN WANITA yg saya anggap HEBAT. Semangat yg beliau tunjukkan begitu menjadikan saya berazam untuk jadi lebih baik dari beliau. Saya pernah memberitahu padanya yg saya rasa nak berehat buat seketika dari menjawat sebarang jwtn dlm organisasi t'sebut tapi beliau tetap berkeras utk saya jgn meninggalkan kerana tiada siapa yg boleh mengiring organisasi t'sebut. Ini juga kerana sem depan ramai rakan seperjuangan yg tiada kerana tamat belajar serta pergi LI. Hanya tinggal saya seorang yg dapat memimpin adik-adik yg bakal menjadi Majlis Tertinggi Baharu bg sem/sesi berikutnya. Tak sangka itu amanat & semangat buat saya memegang organisasi itu. Kerana semangat dia, saya kekal disitu untuk meneruskan perjuangan yg beliau juangkan selama ini. Pada saya, beliau bagaikan kakak yg sering menasihati adik-adiknya utk terus berjaya. Pasti seluruh sahabatmu ini akan merindui dirimu wahai saudari Nur Salma Bt. Mohd Yusof. Segala kenangan yg telah kita lalui bersama dalam program mahupun aktiviti dalaman akan disimpan sebagai memori terindah.

" Sekalung doa akan senantiasa kami kirimkan apabila teringat akan dirimu. Semoga selamat & sejahteralah dikau di sana !! " 


p/s: terima kasih semua yg telah membuat hari-hari saya bahagia ketika sem dua ini. Credit to : Abg Acap, Peno, Abg Nazri, Kak Aifaa, Kak Sara, Kak Kath, Panda Pndn, Ima Lapaq, Farah Niza, Nasz Riya, fizul, Salahuddin <3  Harap kita akan berjumpa lg di masa hdpn. XOXO

Thursday, 1 March 2012

           salam sejahtera, pada hari kedua bagi bulan yang baru iaitu bulan Mac atau dikenali bulan Tiga . Dan kalau tak silap menurut kalendar Islam, kita dah masuk bulan Rejab. ( kalau salah tolong betulkan, saya hanya manusia yg serba kekurangan ).... apakah topik yang akan kita perbentangkan pada malam / pagi buta macam ini, mungkin kita boleh bercerita berkenaan diri saya sendiri. Mengenai kehidupan saya yg baru di alam baru, mestilah dunia pembelajaran. Kini sedang belajar di Politeknik Shah Alam selaku pelajar Sem 1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdulillah, ini mungkin rezeki saya untuk sambung belajar disini. Pada mulanya, saya mendapat tawaran ke UiTM Chendering, Terengganu dan jurusan yang ditawarkan kepada saya amat saya minati & keyakinan saya untuk berjaya dalam bidang itu sungguh jelas. Rasanya tak perlulah saya sebutkan jurusan yang ditawarkan itu. Saya dah cukup gembira dengan jurusan itu, tetapi mungkin Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk diri saya & juga masa depan saya. Maka saya harus menerimanya sebagai satu cabaran yang akan membina diri saya menjadi lebih baik satu hari nanti. InsyaAllah.

               Nak dijadikan cerita pula, seminggu sebelum saya akan mendaftar sebagai pelajar UiTM T'GANU secara rasmi punya, tiba-tiba surat tawaran dari Politeknik Shah Alam sampai tepat ke tangan ayah saya kerana dia yang menerima surat tu dari posmen. Ketika itu, saya baru pulang dari kutip duit penjualan kek batik  buatan sendiri kemudian ayah saya kata ada surat rasmi yang ditujukan kepada saya lalu saya dengan segera pergi mengambil dan baca surat tersebut. Ruupanya saya mendapat tawaran ke PSA dimana Politeknik Premier Politknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah cuma menempatkan pelajar yang orang kata bertuah la kiranya & perlu borang permohonan itu diisi sebelum menghantar ke pihak atasan/ untuk memilih. Itu satu pelik jugalah, seingat saya saya tak pernah isi borang permohonan ke PSA ini & rupanya saya adalah salah seorang yang ber-UNTUNG/ B'TUAH kerana saya dapat masuk atau menjadi warga PSA yang tercinta.

           Nampaknya, mata saya semakin berat & berat. Ini menyebabkan saya ingin mengundur diri dahulu & sampai ketemu lagi yee, nanti jika saya ada masa saya akan sambung lagi cerita ini. Jangan risau yee,

Monday, 30 January 2012

salam perkenalan dari saya, hari ini hanya ingin bercerita tentang pengalaman mendaki bukit broga di semenyih. pengalaman yang agak mencabar & seronok, sebenarnya nak katakan first time tu tak ada lah cuma kali ini saya mendaki bersama MT PRS PSA sesi Dis 2011 bersama ahli-ahli yang sporting pada tarikh 28/1/2012 ( sabtu ). saya pasti merindui pengalaman dan memori ini.

     Kami telah bertolak ke bukit broga pada pukul 4.30 pagi dari Politeknik Premier Politeknik Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA ). kami menaiki bas PSA, first time kot...agak teruja & bangga juga lahh kan. Kami sempat menunaikan solat fardhu subuh di area Dengkil ( ye ke,dah tak berapa ingat ). Kami menunaikan solat secara berjemaah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke bukit broga; Dalam pukul 7 : 10 pagi kami akhirnya sampai ke kaki bukit broga tersebut, sebenarnya perancangan awal adalah sampai sana & mendaki ke puncak sebelum matahari terbit. Konon nak tengok "sunshine" orang putih kata. Kelass semuanyaaa..

       Tapi tak apa itu semua tidak akan melemahkan semangat kami untuk sampai ke puncak walaupun ada kekurangan nya. Kami di ajar untuk terus berusaha walaupun apa yang terjadi, tiada siapa yang akan menghalang kami untuk kami menggapai apa yang kami inginkan. Seterusnya, kami melakukan senaman untuk memanaskan badan kami sebelum meneruskan pengembaraan kami di situ, macam cerita upin & ipin pulak. heheheee.. Pada mulanya kami menempuh hutan di lereng bukit itu yang diketuai oleh abang Akmal a.k.a Abang Joker( tak tahu kenapa dipanggil sebegitu ) serta diawasi oleh MT PRS yang begitu berdedikasi. wahhh !! pujian yang melambung nampak, hahahaaa.. Disitu terdapat 3 puncak sebelum mencapai Bukit Tok Wan yang paling tinggi di kawasan itu. Ketika sampai di puncak yang pertama, masih semangat lagi semuanya walaupun ada segelintir sudah menampakkan kepenatan keputus-asaan di wajah mereka. Tapi MT & Abg Akmal cuba dan terus mencuba untuk membakar semangat mereka semula & akhirnya berjaya. TAHNIAH KEPADA MEREKA KERANA BERJAYA MELAWAN RASA KEPENATAN YANG MENGUASAI DIRI ANDA. INI SEMUA ADALAH PERMAINAN PSIKOLOGI SEMATA-MATA YANG BERMAIN DI MINDA KITA.

       Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami & terus mendaki ke puncak kedua dimana keadaan atau kontur tanah yang agak berbeza dengan puncak yang pertama diman puncak kedua agak menegak & jenis tanah yang halus dan licin. ini lah halangan buat kami ketika mendakinya. agak mencabar tetapi inilah yang dikatakan pengalaman. Agaknya bila lagi kita akan melakukan perkara-perkara sebegini lagi kalau tidak sekarang kan. Halangan ini juga kami dapat melepasi sehinggalah kami berjaya sampai ke puncak. Apa yang seronok di puncak yang ke-3 adalah ada ala climbing rock macam itu, memang seronok sangat. Kepada sesiapa yang suka aktiviti adventure anda harus mencuba, *sempat nak promote lagi*

      Pada saya bahagian yang paling susah adalah ketika hendak turun dari kesemua puncak itu, kalau kita tengok dari puncak baru kita dapat melihat betapa kecerunan bukit itu. Di sini saya mengaku yang saya seorang yang gayat makanya agak susah untuk saya menuruni bukit tersebut. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya, sampai saya rasa taknak turun dari puncak itu. Tapi sekali lagi barisan MT PRS & Abg Akmal serta rakannya, Abg Alif memberi kata-kata semangat & tips untuk melawan rasa ketakutan tersebut. Alhamdulillah saya dapat melakukannya sehingga sampai ke akhirnya.

     Apa yang saya dapat pelajari disini adalah walau apa jua cabaran yang bakal kita hadapi, atasi lah nya dengan hati yang tenang dan sering mencuba benda yang baru. Jangan takut & binalah keyakinan diri anda. Sampai disini sahaja & thank you everyone.

Thursday, 19 January 2012

saya hari ini,

Alhamdulillah kerana baru sem 1 di Politeknik Premier Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA ), saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan yang boleh kira tinggi juga lah. Terima Kasih semua !!

p/s : especially for nasuha hashim, nasir rabasen, fazerin shah, ima, abang salah, hafizul, jijie, lan, kak wana, abg aliff, kak ainun, amirrudin, farid, nadia, farah, salma, amir fadzli, abang hafiz zainal, kak wilda, abang fahmi & ABANG ZAHDAN a.k.a bowtuck serta seluruh pegawai-pegawai dari jabatan UPK. :)

Sunday, 1 January 2012

just want to say "HELLO" ,

    salam perkenalan kepada semua para pembaca, baru kini saya berjaya mencipta laman blog saya sendiri. di sini lah saya boleh memberi pendapat, cadangan, kutukan, gosip & segala yang berkaitan dengan hidup & diri saya. para pembaca juga boleh meniggalkan komen, kutukan, & sebagaimana yang anda kehendaki. semuanya boleh, tiada kena mengena antara yang HIDUP ataupun yang sudah MENINGGAL DUNIA. pada yang ingin follow saya, silakan. anda tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya kerana saya menerima anda semua dengan hati yang ikhlas.

   sampai disini sahaja salam perkenalan saya & hingga kita bertemu lagi. See yaaa...