Monday, 30 January 2012

salam perkenalan dari saya, hari ini hanya ingin bercerita tentang pengalaman mendaki bukit broga di semenyih. pengalaman yang agak mencabar & seronok, sebenarnya nak katakan first time tu tak ada lah cuma kali ini saya mendaki bersama MT PRS PSA sesi Dis 2011 bersama ahli-ahli yang sporting pada tarikh 28/1/2012 ( sabtu ). saya pasti merindui pengalaman dan memori ini.

     Kami telah bertolak ke bukit broga pada pukul 4.30 pagi dari Politeknik Premier Politeknik Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah ( PSA ). kami menaiki bas PSA, first time kot...agak teruja & bangga juga lahh kan. Kami sempat menunaikan solat fardhu subuh di area Dengkil ( ye ke,dah tak berapa ingat ). Kami menunaikan solat secara berjemaah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke bukit broga; Dalam pukul 7 : 10 pagi kami akhirnya sampai ke kaki bukit broga tersebut, sebenarnya perancangan awal adalah sampai sana & mendaki ke puncak sebelum matahari terbit. Konon nak tengok "sunshine" orang putih kata. Kelass semuanyaaa..

       Tapi tak apa itu semua tidak akan melemahkan semangat kami untuk sampai ke puncak walaupun ada kekurangan nya. Kami di ajar untuk terus berusaha walaupun apa yang terjadi, tiada siapa yang akan menghalang kami untuk kami menggapai apa yang kami inginkan. Seterusnya, kami melakukan senaman untuk memanaskan badan kami sebelum meneruskan pengembaraan kami di situ, macam cerita upin & ipin pulak. heheheee.. Pada mulanya kami menempuh hutan di lereng bukit itu yang diketuai oleh abang Akmal a.k.a Abang Joker( tak tahu kenapa dipanggil sebegitu ) serta diawasi oleh MT PRS yang begitu berdedikasi. wahhh !! pujian yang melambung nampak, hahahaaa.. Disitu terdapat 3 puncak sebelum mencapai Bukit Tok Wan yang paling tinggi di kawasan itu. Ketika sampai di puncak yang pertama, masih semangat lagi semuanya walaupun ada segelintir sudah menampakkan kepenatan keputus-asaan di wajah mereka. Tapi MT & Abg Akmal cuba dan terus mencuba untuk membakar semangat mereka semula & akhirnya berjaya. TAHNIAH KEPADA MEREKA KERANA BERJAYA MELAWAN RASA KEPENATAN YANG MENGUASAI DIRI ANDA. INI SEMUA ADALAH PERMAINAN PSIKOLOGI SEMATA-MATA YANG BERMAIN DI MINDA KITA.

       Seterusnya kami meneruskan perjalanan kami & terus mendaki ke puncak kedua dimana keadaan atau kontur tanah yang agak berbeza dengan puncak yang pertama diman puncak kedua agak menegak & jenis tanah yang halus dan licin. ini lah halangan buat kami ketika mendakinya. agak mencabar tetapi inilah yang dikatakan pengalaman. Agaknya bila lagi kita akan melakukan perkara-perkara sebegini lagi kalau tidak sekarang kan. Halangan ini juga kami dapat melepasi sehinggalah kami berjaya sampai ke puncak. Apa yang seronok di puncak yang ke-3 adalah ada ala climbing rock macam itu, memang seronok sangat. Kepada sesiapa yang suka aktiviti adventure anda harus mencuba, *sempat nak promote lagi*

      Pada saya bahagian yang paling susah adalah ketika hendak turun dari kesemua puncak itu, kalau kita tengok dari puncak baru kita dapat melihat betapa kecerunan bukit itu. Di sini saya mengaku yang saya seorang yang gayat makanya agak susah untuk saya menuruni bukit tersebut. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya, sampai saya rasa taknak turun dari puncak itu. Tapi sekali lagi barisan MT PRS & Abg Akmal serta rakannya, Abg Alif memberi kata-kata semangat & tips untuk melawan rasa ketakutan tersebut. Alhamdulillah saya dapat melakukannya sehingga sampai ke akhirnya.

     Apa yang saya dapat pelajari disini adalah walau apa jua cabaran yang bakal kita hadapi, atasi lah nya dengan hati yang tenang dan sering mencuba benda yang baru. Jangan takut & binalah keyakinan diri anda. Sampai disini sahaja & thank you everyone.

No comments:

Post a Comment