Monday, 3 December 2012

Selamat kembali !!!

Dah lama tidak menulis di kanvas ini. Nak mula mcm mana yee, ini adalah sem kedua saya di PSA. Alhamdulillah semuannya telah selesai dan saya dapat menjalaninya dgn penuh sukses. Dan kini saya dah nak melonjak ke sem tiga sesi Dis 2012. Doakan agar saya dpt menjalani dgn lebih baik.

Kalau ikutkan mcm2 perkara yg telah terjadi dalam hidup saya ketika masih bergelar pelajar ini. Perkara sedih mahupun senang. Saya rasa sem depan ni akan menjanjikan dugaan yg begitu besar buat diri yang serba kurang ini. Ya Allah, kuatkanlah & permudahkanlah segala urusan ku ini. Amin~~

Sem depan dah takde kawan-kawan yg rapat dengan saya, di mana saya boleh berkongsi segalanya. Di situ saya dapat rasakan sifat keluarga yg begitu kuat. Tetapi saya yakin Allah SWT mahu menguji hambanya dgn ujian seperti ini. Ada yg hilang utk menruskan LI, ada yg pergi pindah poli(mungkin) , ada yg pergi kerana tamat belajar & ada yg PERGI utk selama-lamanya.

     Salah satu cerita sedih untuk sem yg bakal berakhir ini adalah pemergian seorang sahabat yg cukup baik, adik yg sungguh manja, anak yg begitu solehah & taat, kawan yg penyayang dan juga seorg PEMIMPIN WANITA yg saya anggap HEBAT. Semangat yg beliau tunjukkan begitu menjadikan saya berazam untuk jadi lebih baik dari beliau. Saya pernah memberitahu padanya yg saya rasa nak berehat buat seketika dari menjawat sebarang jwtn dlm organisasi t'sebut tapi beliau tetap berkeras utk saya jgn meninggalkan kerana tiada siapa yg boleh mengiring organisasi t'sebut. Ini juga kerana sem depan ramai rakan seperjuangan yg tiada kerana tamat belajar serta pergi LI. Hanya tinggal saya seorang yg dapat memimpin adik-adik yg bakal menjadi Majlis Tertinggi Baharu bg sem/sesi berikutnya. Tak sangka itu amanat & semangat buat saya memegang organisasi itu. Kerana semangat dia, saya kekal disitu untuk meneruskan perjuangan yg beliau juangkan selama ini. Pada saya, beliau bagaikan kakak yg sering menasihati adik-adiknya utk terus berjaya. Pasti seluruh sahabatmu ini akan merindui dirimu wahai saudari Nur Salma Bt. Mohd Yusof. Segala kenangan yg telah kita lalui bersama dalam program mahupun aktiviti dalaman akan disimpan sebagai memori terindah.

" Sekalung doa akan senantiasa kami kirimkan apabila teringat akan dirimu. Semoga selamat & sejahteralah dikau di sana !! " 


p/s: terima kasih semua yg telah membuat hari-hari saya bahagia ketika sem dua ini. Credit to : Abg Acap, Peno, Abg Nazri, Kak Aifaa, Kak Sara, Kak Kath, Panda Pndn, Ima Lapaq, Farah Niza, Nasz Riya, fizul, Salahuddin <3  Harap kita akan berjumpa lg di masa hdpn. XOXO

No comments:

Post a Comment