Thursday, 1 March 2012

           salam sejahtera, pada hari kedua bagi bulan yang baru iaitu bulan Mac atau dikenali bulan Tiga . Dan kalau tak silap menurut kalendar Islam, kita dah masuk bulan Rejab. ( kalau salah tolong betulkan, saya hanya manusia yg serba kekurangan ).... apakah topik yang akan kita perbentangkan pada malam / pagi buta macam ini, mungkin kita boleh bercerita berkenaan diri saya sendiri. Mengenai kehidupan saya yg baru di alam baru, mestilah dunia pembelajaran. Kini sedang belajar di Politeknik Shah Alam selaku pelajar Sem 1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdulillah, ini mungkin rezeki saya untuk sambung belajar disini. Pada mulanya, saya mendapat tawaran ke UiTM Chendering, Terengganu dan jurusan yang ditawarkan kepada saya amat saya minati & keyakinan saya untuk berjaya dalam bidang itu sungguh jelas. Rasanya tak perlulah saya sebutkan jurusan yang ditawarkan itu. Saya dah cukup gembira dengan jurusan itu, tetapi mungkin Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk diri saya & juga masa depan saya. Maka saya harus menerimanya sebagai satu cabaran yang akan membina diri saya menjadi lebih baik satu hari nanti. InsyaAllah.

               Nak dijadikan cerita pula, seminggu sebelum saya akan mendaftar sebagai pelajar UiTM T'GANU secara rasmi punya, tiba-tiba surat tawaran dari Politeknik Shah Alam sampai tepat ke tangan ayah saya kerana dia yang menerima surat tu dari posmen. Ketika itu, saya baru pulang dari kutip duit penjualan kek batik  buatan sendiri kemudian ayah saya kata ada surat rasmi yang ditujukan kepada saya lalu saya dengan segera pergi mengambil dan baca surat tersebut. Ruupanya saya mendapat tawaran ke PSA dimana Politeknik Premier Politknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah cuma menempatkan pelajar yang orang kata bertuah la kiranya & perlu borang permohonan itu diisi sebelum menghantar ke pihak atasan/ untuk memilih. Itu satu pelik jugalah, seingat saya saya tak pernah isi borang permohonan ke PSA ini & rupanya saya adalah salah seorang yang ber-UNTUNG/ B'TUAH kerana saya dapat masuk atau menjadi warga PSA yang tercinta.

           Nampaknya, mata saya semakin berat & berat. Ini menyebabkan saya ingin mengundur diri dahulu & sampai ketemu lagi yee, nanti jika saya ada masa saya akan sambung lagi cerita ini. Jangan risau yee,